Hotel Darulaman cawangan Jitra terletak di Bandar Darulaman yang sedang pesat membangun. Ia adalah sebuah hotel bajet bertaraf satu bintang.
Hotel ini mula beroperasi pada 11 Jun 2010 dan kini mempunyai 49 bilik terdiri daripada 8 bilik Standard, 21 bilik Superior, 17 bilik Deluxe dan 3 bilik Suite. Ia juga mempunyai sebuah dewan pelbagaiguna yang sering disewa untuk kegunaan penganjuran seminar, mesyuarat dan majlis kenduri.
Hotel milik penuh Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad (KGMKB) ini menyediakan pelbagai kemudahan di semua bilik yang dapat memberi keselesaan dan ketenangan kepada para tetamu kami yang sangat kami hargai.
Hotel Darulaman cawangan Alor Setar terletak di pusat bandar Alor Setar. Hotel bajet bertaraf satu bintang ini mempunyai 28 bilik terdiri daripada 12 bilik Standard, 7 bilik Superior, 8 bilik Deluxe dan 1 bilik Suite.
Oleh kerana lokasinya di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, ia dikelilingi banyak lokasi tumpuan pelancong seperti Pekan Rabu, Menara Alor Setar, Muzium Diraja, Menara Nobat dan pusat-pusat membeli belah.
Hotel ini merupakan hotel kedua milik penuh KGMKB.